Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 243:
..
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
adalah suatu petanyaan kepada Nabi dan mereka yang taksub, apakah kamu tidak
mendengar tentang kisah bani Israel yang melarikan diri dari kota yang ditimpa
penyakit kerana takut mati ?, lantaran sebahagian ribuan puak bani israel yang
lari itu sampai disuatu lembah, maka Allah berfirman kepada Malaikat supaya
ucapkan kepada kaum bani Israel itu dengan perkataan “Matilah Kamu”, maka
matilah mereka semuanya bergelimpangan dimerata tempat dilembah itu.
Al-kisah
selepas beberapa tahun berlalu, datang seorang penganjur pendita kitab Taruat
(iaitu khalifah ketiga dari kalangan bani Israel, selepas kematian nabi Musa,
lihat ayat 246) melintas dikawasan lembah itu, dan berasa terkejut dan sedih
menangis hiba tentang kaum nya yang dimurkai oleh Allah. Maka khalifah bani Israel berdoa kepada Allah
agar dapat dihidup kembali kaum nya yang telah meninggal dunia. Permintaan
pendita khalifah itu dikabul oleh Allah, dan mendapat wahyu melalui mimipi dan
sebutlah perkataan “Hiduplah kamu semua dengan izin Allah”. Maka hiduplah
semuanya yang telah mati itu dan kekal hidup selama mana mengikut ajalnya
masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan apabila mereka diajak untuk
pergi berperang untuk untuk menegak agama Allah, mereka engkar dan enggan
berbuat demikian.
Kaum
bani Israel mendapat kurnia dari Allah dari hidup kepada mati dan kepada hidup,
supaya diberi peluang untuk bertaubat kepada Allah, tapi malangnya sebahagian
mereka masih menderhakai dan menjadi kafir tidak mahu bersyukur.
.
.
.
RUJUKAN;
Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 241~250,Juzuk2, Surah2
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;
[GS] https://t.co/0EUkXravGr
via,
knajid.bcsb@gmail.com
(recover, knajid.bcsb@yahoo.com).